Thursday, 20 December 2012

Khasiat Madu Dan Halia



Madu
Madu mempunyai banyak khasiat yang dapat
menyembuhkan pelbagai jenis panyakit. Selain itu madu jugak mengandungi zat zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan stamina. Madu sesuai untuk tubuh badan kerana ian mempunyai zat seperti:

a) kabohidrat, protein, asid amino, vitamin dan mineral yang mudah diserap oleh sel sel badan.
b) kandungan sumber antibodi didalam madu berupaya melawan dan membunuh kuman daripada segala jenis penyakit berjangkit.
c) asid amino dalam madu boleh meningkatkan fungsi dan tugas otak.

Halia
Halia dapat meningkatkan metabolism darah kebahagian organ organ badan yang lain. Aroma halia yang sememangnya merangsangkan kerana berbau harum. Secara tradisionalnya halia ini dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti kurang selera makan, kening kepala, sakit sakit sendi, kegatalan pada badan dan bengkak bengkak. Disamping itu halia juga berkhasiat untuk menghangatkan tubuh badan dan membantu proses pencernaan makanan dalam badan. Apa yang lebih penting ialah halia dapat meningkatkan nafsu syahwat dan boleh membuang angin dalam badan.

Tuesday, 29 May 2012

Antara dunia siber dan realiti

Oleh MOHD. NAHAR MOHD ARSHAD

GENERASI digital atau generasi Y merupakan mereka yang sedang meningkat remaja sekarang. Meskipun tiada satu definisi tetap untuk generasi ini, namun menurut satu rujukan, mereka merupakan kumpulan yang dilahirkan dari tahun 1980 sehinggalah sekarang.

Generasi ini unik kerana mereka merupakan entiti yang hidup di dunia realiti dan menjalankan peranan aktif dalam dunia siber.

Satu kebimbangan wujud terhadap psikologi dan corak kehidupan generasi ini. Ini kerana mereka merupakan generasi yang paling terdedah dengan dunia digital.

Golongan remaja sekarang merupakan generasi pertama seumpamanya yang membesar dan dibesarkan dalam dunia digital. Komputer, televisyen, permainan video, Internet, telefon bimbit dan segala macam peralatan digital dan telekomunikasi menjadi sebahagian dari dunia mereka.

Berikutan betapa besarnya peranan digital dan telekomunikasi dalam generasi ini, persoalan berkaitan cara mereka berfikir, belajar, bertindak dan berinteraksi semakin menjadi perhatian. Hakikatnya, sememangnya terdapat jurang perbezaan antara generasi Y dan generasi sebelumnya. Apakah implikasi yang akan terbit daripada kesemua ini terutamanya terhadap isu nilai dalam sesebuah masyarakat?

Salah satu kesan yang paling membimbangkan ialah dari aspek mental akibat daripada masalah kemurungan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan sehingga tahun 2020, masalah berkaitan mental akan menjadi masalah kedua terbesar yang mengakibatkan ketidakupayaan seseorang.

Antara puncanya ialah akibat pendedahan keterlaluan terhadap dunia digital sehingga seseorang itu tidak lagi berpijak di bumi nyata atau dunia realiti yang sebenar.

Satu kajian menganggarkan bahawa anak-anak remaja menghabiskan selama 40 jam seminggu di hadapan peralatan digital seperti komputer, televisyen, telefon bimbit dan iPod. Pasti semua ini ada kesan positif dan negatifnya terhadap diri dan kehidupan mereka.


Menjejaskan

Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin komputer dan televisyen selain menjejaskan pertimbangan mental, juga membawa kepada obesiti, dan penyakit antisosial yang meruncing.

Justeru, istirahat dan riadah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Seseorang perlu mencari masa untuk ‘sedar’ dan seterusnya menghayati kewujudan alam realiti sebenarnya.

Bagi mencari keseimbangan, terdapat beberapa perkara yang dapat kita lakukan. Membaca al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w adalah terapi terbaik.

Selain itu, menutup televisyen dan komputer pada jam-jam tertentu dan ‘mendengarkan’ kesunyian adalah satu kaedah yang boleh dicuba. Meninggalkan telefon bimbit apabila menghadiri majlis-majlis agama atau sosial juga merupakan tertib yang patut diambil berat.

Alangkah kurang bertimbang rasanya apabila telefon bimbit berbunyi tatkala khatib sedang berkhutbah atau jemaah sedang bersembahyang. Fikirkanlah!

Kadangkala, mengasingkan diri daripada radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit untuk satu hari tertentu boleh menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Untuk mencapai keseimbangan ini, perhatian serius ibu bapa, pendidik dan masyarakat amatlah penting. Kita tidak seharusnya membiarkan generasi muda kita khayal dan leka serta terlalu tertumpu pada dunia virtual sahaja. Mereka juga perlu dididik tentang tatacara hidup di alam realiti.

Diet Rendah Glisemik

OBESITI adalah satu masalah yang serius. Sembilan daripada 10 orang dewasa manakala dua pertiga daripada populasi kanak-kanak di dunia diramalkan bakal mengalami obesiti serius menjelang tahun 2050.

Pada dasarnya, obesiti berpunca daripada gaya pemakanan atau diet yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat yang telah diproses. Faktor ini merupakan pendorong utama kepada masalah berat badan berbanding pengambilan makanan berlemak.

Andainya pihak kerajaan serius untuk mengurangkan jumlah keseluruhan pengumpulan glisemik atau GL dalam diet kita seperti yang dibuktikan oleh sains, kita perlu mengurangkan pengambilan gula dan perlunya label pada makanan. Lihatlah kenyataan ini. Bukan lemak yang mendorong epidemik obesiti tetapi gula, karbohidrat proses dan makanan berkanji.

Dengan mengehadkan pengambilan bahan-bahan ini dan memilih makanan rendah GL yang tidak diproses boleh membantu proses pengurangan berat badan. Nasihat paling teruk yang pernah anda terima sudah tentunya ialah ‘kurangkan pengambilan lemak.

Kajian yang dipetik daripada Cochrane Database of Systematic Reviews telah membandingkan hasil penemuan enam ujian rekaan khas yang menunjukkan perbezaan antara diet konvensional dengan diet rendah GL berdasarkan pengurangan kalori.

Jisim badan, jumlah keseluruhan jisim lemak, indeks jisim tubuh (BMI), jumlah kolesterol baik dan kolesterol buruk menunjukkan pengurangan signifikan dalam kumpulan yang menerima diet yang dikawal sumber kalorinya.

GL adalah berbeza daripada GI. GL adalah ukuran tepat mengenai berapa banyak makanan yang meningkatkan kandungan gula dalam darah dan betapa pantasnya gula tersebut dibebaskan dalam makanan. Ia juga menunjukkan jumlah kandungan gula dalam makanan dan itulah kuantiti ‘karbohidrat bersih’ sebagaimana yang ditekankan dalam diet Atkins.

Anda perlu mengehadkan pengambilan harian sehingga tiga hidangan 10 GL dan dua hidangan snek 5 GL untuk melangsingkan badan.

Pengambilan makanan yang betul secara kerap boleh membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah pada tahap yang seimbang. Justeru, inilah kunci kepada kejayaan mengurangkan berat badan.

Hidangan makanan yang berGL boleh terus dikurangkan menerusi pengambilan protein dan karbohidrat. Dengan mengambil sebiji epal apabila anda lapar atau bersama beberapa biji badam sudah memadai.

Waspada ancaman internet

Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN

Bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga daripada ancaman yang dibawa internet?

INTERNET telah membuka sebuah dunia dengan peluang baru. Ia begitu sebati dengan kehidupan seharian kita sehinggakan mustahil untuk dibayangkan sebuah kehidupan tanpanya.

Pergantungan manusia terhadap komputer, peranti komunikasi dan perkhidmatan yang menghubungkannya memang tidak dapat dipersoalkan lagi. Angka komputer tempat kerja di dunia hari ini telah mencecah lebih 100 juta. Organisasi dan pekerja memerlukan komputer bagi tujuan integrasi bagi memudahkan akses kepada informasi.

Di Malaysia secara khususnya, statistik menunjukkan peningkatan pengguna internet yang drastik sejak tahun 2000. Pada tahun 2007, pertumbuhan penggunaan internet telah meningkat sebanyak 303.9 peratus dari tahun 2000.

Dengan peningkatan ini, tidak hairanlah jika kes berprofil tinggi seperti kecurian identiti dan virus komputer telah membawa kepada kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan dunia internet.

Bagi memastikan pengalaman melayari internet yang lebih selamat, ibu bapa dan anak-anak perlu memahami risiko dan ancaman yang wujud di internet sentiasa berubah dan berevolusi selari dengan perubahan teknologi.

Perkhabaran baiknya ialah kebanyakan ancaman yang wujud boleh dielakkan. Malah, terdapat juga penyelesaian secara teknologi dan perilaku untuk pelbagai jenis risiko dan ancaman.

Selepas semua ini difahami, langkah seterusnya ialah untuk menyiapkan diri dengan kaedah pertahanan yang tepat dan mencukupi terhadap ancaman yang wujud. Tiga pecahan kaedah yang boleh diguna pakai ialah:

Lindungi diri

Sebelum anda memuat turun sebarang fail, sama ada dengan cara mengklik pada pautan daripada emel atau daripada laman web, pastikan ia daripada sumber yang dipercayai. Fail yang dimuat turun boleh menjadi medium kepada kandungan berbahaya seperti malware dan spyware.

Seperti yang pernah diingatkan sebelum ini, penting untuk menggunakan kata laluan yang sukar diteka. Gunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan aksara dan mempunyai kombinasi huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol.

Elakkan daripada membuka emel daripada penghantar yang tidak dikenali, apatah jika ia mempunyai subjek yang menarik seperti , 'Tahniah!, anda baru sahaja memenangi…' atau yang meminta bantuan untuk menjadi pemegang amanah kepada harta jutaan ringgit kerana negaranya dilanda perang.

Uruskan maklumat peribadi anda dengan teliti dan berhati-hati. Apabila anda membeli-belah atau membuat pembayaran secara online, pastikan anda membaca polisi syarikat tersebut sebelum meneruskan urusniaga bagi memahami sepenuhnya bagaimana mereka akan menguruskan maklumat peribadi pelanggan.

Pastikan juga penggunaan borang dalam talian untuk sebarang pembelian dan jangan sekali-kali menghantar butiran kad kredit atau maklumat kewangan anda melalui emel. Sebelum meneruskan sebarang transaksi yang melibatkan wang, pastikan laman web yang anda lawati itu mempunyai alamat yang bermula dengan https dan ikon mangga pada bahagian bawah browser, yang menunjukkan laman tersebut selamat.

Lindungi keluarga

Adalah penting untuk ibu bapa mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam ruang internet sama ada berbual bersama teman, mempunyai jaringan sosial ataupun blog sendiri. Namun, adalah penting untuk melakukan ini tanpa menceroboh hak privasi mereka.

Kunci kepada ini semua ialah dengan mengadakan perbincangan secara terbuka dengan anak-anak bagi memahami apa yang mereka lakukan dalam talian. Ketahui laman web yang sering mereka lawati dan siapa teman mereka. Pada masa yang sama, tetapkan peraturan penggunaan internet.

Bincangkan tentang aktiviti dan tanamkan disiplin agar mereka tidak meletakkan maklumat sensitif di internet. Selain itu, sebagai langkah tambahan, penggunaan aplikasi penapisan web seperti BlueCoat K9 Web Protection boleh didapati secara percuma. Ini dapat mengelakkan anak-anak melawat laman web yang tidak sepatutnya.

Lindungi komputer

Jenayah siber semakin meningkat setiap hari. Komputer di rumah telah diambil alih bagi mencuri identiti empunyanya. Laman web yang tidak dilindungi dengan betul juga telah diubah menjadi tempat untuk melancarkan aktiviti spam dan penipuan internet.

Langkah pertama melindungi komputer ialah dengan mengaktifkan aplikasi firewall. Firewall membantu menguruskan maklumat yang memasuki dan meninggalkan komputer daripada internet.

Pastikan komputer dilengkapi dengan aplikasi antivirus terbaru dan perisian antispyware. Antivirus melindungi komputer daripada ancaman virus dan program berbahaya yang lain, manakala antispyware melindungi komputer daripada pop-up dan ancaman sekuriti lain yang sering menyebabkan kelembapan pada operasi komputer.

Akhir sekali, aplikasi perlindungan ini harus dikemaskini pada kadar yang kerap. Ini bagi memastikan komputer dilindungi dengan perlindungan terkini sekali gus mengurangkan risiko terhadap komputer kesayangan anda!

Diet untuk si darah B


Percayakah anda dengan diet yang dianjurkan mengikut jenis darah? Jika anda pemilik darah B, artikel ini mungkin boleh membantu.

KITA pernah mendengar pelbagai jenis diet yang dipraktikan di luar negara - daripada diet Atkins, diet rendah kalori hinggalah diet organik. Semua atas satu tujuan iaitu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang paling unggul.

Tetapi pernahkah anda mendengar diet mengikut jenis darah? Ia adalah di antara diet yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Populariti yang diraih oleh salah satu jenis diet ini bukanlah hanya kerana jumlah pengamalnya yang semakin meningkat tetapi kepelbagaian pertikaian tentang kebenaran diet tersebut oleh pakar pemakanan lain.

Namun begitu, yang pasti berdasarkan pelbagai testimoni orang ramai dan keinginan untuk mencuba diet itu, buku nukilan pakar perubatan naturopati, Dr. Peter J. D'Adamo, telah terjual lebih tiga juta naskhah di seluruh dunia.

Menerusi buku bertajuk Eat Right For Your Thype, D'Adamo percaya jenis darah mempengaruhi sistem pencernaan dan sesetengah makanan tidak baik kepada sesetengah jenis darah.

Malah, D'Adamo juga yakin bahawa jenis darah menentukan kemungkinan jenis-jenis penyakit yang mudah dihidapi oleh seseorang selain senaman yang sesuai.

Lantaran itu katanya, seseorang perlu mengamalkan jenis diet tertentu atau berbeza mengikut jenis darahnya. "Pengaturan pola pemakanan yang betul akan meningkatkan sistem imun tubuh, mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan," katanya.

Memetik kata salah seorang pengamal diet mengikut jenis darah itu yang hanya dikenali sebagai Andari dalam blognya, "Saya sendiri seorang pakar teknologi pemakanan yang sangat skeptikal dengan teori dan kaedah D'Adamo ini. Saya hanya mula membeli buku dan mengamalkan diet ini selepas seorang rakan saya yang sebelum ini mempunyai asma teruk sehingga terpaksa tidur duduk, kini sudah semakin sihat sejak mencuba teknik diet ini.

"Selepas mencuba teknik ini, saya yang mudah mengantuk sewaktu bekerja sebelum ini berasa lebih cergas dan segar," kata Andari.


Apakah cadangan D'Adamo untuk pemilik tubuh darah B?

Menurut D'Adamo, individu dalam kumpulan darah B digelar sebagai The Nomad. Gelaran itu dikaitkan dengan sistem imun yang kuat dan sistem pencernaan yang fleksibel.

Dalam diet mengikut jenis darah, hanya mereka dalam kumpulan darah B yang mendapat manfaat paling baik dengan produk tenusu. Tetapi tegasnya, orang berdarah B perlu meninggalkan ayam dan itik kerana ia kaya dengan sejenis lektin dalam otot tisunya yang menyerang aliran sistem darah dan berpotensi meningkatkan risiko strok selain mengganggu sistem imun.

Memanjat sebuah doa

Hampir setiap umat Islam berdoa kepada Allah. Tapi apabila doa tidak dimakbulkan-NYA, adakah wajar kita berputus asa?

PERKATAAN doa banyak terdapat dalam al-Quran dalam pelbagai pengertian. Doa merupakan satu ibadah. Firman Allah : "Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"- surah Yunus: 106.

Doa bererti permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Allah menyuruh setiap orang berdoa kepadanya. Allah memberi janji bahawa Dia akan memperkenankan setiap doa.

Sama ada makbul doa itu diberi cepat atau lambat atau diberi di dunia atau di akhirat, manusia tidak akan tahu tentangnya. Doa yang makbul bergantung kepada setakat mana akrabnya seseorang itu kepada Allah. Semakin akrab seseorang kepada Allah, maka makin mudahlah doa hamba berkenaan diperkenankan.

Membina hubungan akrab inilah menjadi cabaran terbesar kepada seseorang kerana banyak disiplin dan rutin perlu diikuti.

Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' iaitu setiap azam dan kemahuan pasti ada jalan terbentang di hadapannya. Oleh itu, doa dan ikhtiar wajar dijadikan sumber kekuatan sama seperti fungsi roh dengan jasad pada diri manusia.

Ibnu Athaillah as-Sakandari mengingatkan kepada kita agar terus berdoa. Kenapa beliau berkata demikian? Kerana nafsu seringkali muncul ketika Allah menunda permintaan atau mengkabulkan doa kita.

Dalam keadaan demikian seringkali berputus asa dan merasa bahawa doanya tidak dikabulkan. Sikap putus asa itu disebabkan kerana kita rasa terlalu yakin akan dikabulkan tetapi hakikatnya adalah milik Allah.

Apakah setiap doa akan dikabulkan?

Pertanyaan ini akan terjawab apabila kita memahami apa yang disebut doa dan hakikatnya. Tidak harus berhenti daripada kesungguhan berdoa, dan tidak berpaling dari-Nya kerana lambat masa diperkenankan.

Juga jangan mengherdik sambil melontarkan kalimah-kalimah marah berupa bantahan ke atas rasa tidak puas hati. Tatkala Allah berfirman, pastilah ada harapan untuk mendapat hajat tersebut.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60

Bersangka baik terhadap Allah adalah di antara prasyarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Barangkali renungan ini dapat membantu meleraikan resah kita.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.

Kaum terdahulu telah keluar daripada sengsara dan derita kerana doa mereka diperkenankan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)" - surah an-Naml: 62.

Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.

Orang yang berputus asa akan berkata: "Allah tidak memakbulkan doa aku." Tetapi ingat, Allah menjamin doa yang dimohon akan dikabulkan. Konsep doa yang dikabulkan juga harus difahami supaya kita faham benar bagaimana doa itu berfungsi.

Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendak-Nya, maka akan diberikannya segera, tetapi jika permohonannya tidak seiring dengan kehendak-Nya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendak-Nya sebagai pilihan yang tepat.

Dalam hadis Rasulullah bersabda : "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." - hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim.

Oleh: Dr Amaludin Ab. Rahman

Adakah buah pinggang anda sihat?

KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya.

Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Thangachiammah M. Muthoo 51, tidak tahu bahawa dia mengalami diabetes dan gejala tersebut perlahan-lahan merosakkan buah pinggangnya. Dia menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sejak enam tahun lalu.

Aris Said, 53, pula merupakan pesakit dialisis di NKF sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini tidak tahu bahawa dia mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes. Dia juga tidak menyedarinya kerana dia berasa sihat, sehinggalah suatu hari kedua-dua belah buah pinggangnya berhenti berfungsi.

Shamsuddin Mohd Nor, 30, tidak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat penyakit kronik ini. Dia sering mengalami sakit belakang yang berterusan. Ia merupakan penyakit buah pinggang kronik yang tidak diketahui puncanya. Dia terpaksa menerima rawatan dialisis sepanjang hayatnya.

Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu-individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi. Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi.

Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein

* Cepat letih dan mengantuk

* Kerap sakit kepala

* Mengalami masalah tidur

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan

* Terasa seperti hendak muntah, loya

* Darah di dalam air kencing

Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD)

Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.

“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.

Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.

Masa untuk melakukan ujian!

Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong berkata, kira-kira 14 peratus golongan dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

“Bilangan kes tekanan darah tinggi bagi orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas pula mencecah 42.6 peratus,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, disebabkan kedua-dua diabetes dan hipertensi mungkin berlaku tanpa simptom, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa paras gula dalam darah mereka atau tekanan darah mereka tidak normal.

Tambahnya, mereka juga tidak tahu bahawa mereka mengalami kerosakan buah pinggang kronik atau pada tahap yang serius.

Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee Choon pula menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada peringkat awal.

“Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

“Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya.

Pemeriksaan kesihatan Bergerak NKF Lifecheck telah memeriksa lebih 4,000 orang di Lembah Klang sejak ia mula dilancarkan pada Januari 2008.

Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Dr S. S. Gill berkata NKF Lifecheck adalah sebahagian daripada program pendidikan komuniti dikenali sebagai ‘Kidney Care’.

“Bas bergerak NKF Lifecheck akan melawat syarikat-syarikat dan komuniti setiap hari bagi menawarkan ujian untuk mengesan protein di dalam urin (salah satu daripada tanda awal kerosakan buah pinggang kronik), paras gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, kolestrol darah yang tinggi dan ujian juga dilakukan dengan mengukur status berat badan.

“Peserta yang mengambil bahagian juga diberikan kaunseling oleh kakitangan yang berkelayakan sementara individu yang disyaki mempunyai kerosakan buah pinggang, diabetes atau tekanan darah tinggi akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui diagnosis dengan lebih tepat,” ujarnya.

Menurut beliau, ujian dan kaunseling dicaj sebanyak RM2 bagi setiap individu.

Perkhidmatan yang boleh dianggap percuma ini adalah hasil usahasama Sunway Group dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai kesihatan komuniti. Kerosakan buah pinggang kronik adalah penyakit serius. Hari buah pinggang sedunia pula baru sahaja berlalu dengan slogan “Adakah buah pinggang anda sihat?” Jika anda tidak tahu jawapannya, tanyalah kepada doktor anda hari ini.

Artikel ini ihsan NKF KIDNEY CARE, iaitu program pendidikan komuniti oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang turut menawarkan subsidi rawatan dialisis dan ubat-ubatan percuma, ujian makmal, rawatan susulan dan memberi kebajikan kepada pesakit buah pinggang. NKF juga mengalu-alukan derma dari orang awam untuk memberi sokongan kepada pesakit buah pinggang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nkf.org.my atau hubungi NKF Hotline 1300-88-3110.

Bacaan normal untuk buah pinggang yang sihat

* Gula dalam darah kurang dari 5.6 mmol/L (tidak berpuasa)

* Tekanan darah kurang dari 130/90 mmHg

* Ujian urin tiada protein, tiada gula, tiada darah

* Ukuran pinggang kurang dari 102 cm (lelaki), kurang dari 88 cm (wanita)

* Indeks berat badan Antara 18.5 -24.9 kg/m2

Vena Varikos pada kaki


VENA timbul boleh berlaku pada bahagian muka (kiri) dan kaki sementara vena varikos yang teruk akan menyebabkan salur vena timbul dengan lebih jelas, seperti pada kaki (gambar tengah) di samping menyebabkan ulser kaki.

Pergerakan darah di dalam badan manusia adalah melalui dua saluran iaitu arteri atau saluran nadi yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh badan, dan vena (vein) atau pembuluh darah yang membawa darah dari seluruh badan balik ke jantung.

Aliran darah di dalam arteri mempunyai tekanan kuat dan deras berdasarkan kekuatan degupan jantung seseorang.

Manakala pengaliran darah di dalam vena adalah lebih lemah berdasarkan pergerakan otot-otot anggota badan dan juga otot kecil yang terdapat di dalam dinding vena sendiri.

Apabila seseorang itu berdiri, darah akan berkumpul dengan banyak di bahagian kaki akibat dari kesan tarikan bumi dan tekanan aliran darah yang rendah.

Perjalanan darah di dalam vena menjadi lancar dan tidak berkumpul di kaki melalui pergerakan otot-otot anggota badan.

Selain itu, otot kecil yang terdapat di dalam dinding vena turut mengepam darah kembali ke jantung dan terdapat juga injap-injap di dalam vena yang menghalang darah kembali ke bahagian kaki (mengalir songsang).

Sistem pengaliran darah vena di kaki di bahagi kepada dua iaitu, vena luaran (saphenous vein) yang mengalir di bawah permukaan kulit dan vena dalaman (deep vein) yang mengalir berhampiran tulang dan otot.

Vena varikos (vericose Vein)
Varikos adalah daripada perkataan Latin yang bermakna “berpintal”, yang memberi gambaran vena yang berpintal dan bergelembung.

Varikosa boleh berlaku di beberapa bahagian badan dan diberi nama tertentu seperti ‘oesophageal varices’ jika berlaku di saluran makan, varicocele di dalam zakar dan buasir di dubur.

Vena varikos adalah istilah yang digunakan apabila fenomena ini berlaku di kaki. Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah di dalam vena yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang bergelembung dan berpintal.

Pada kebiasaannya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di satu atau kedua-dua belah kaki.

Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada sebelah dalam paha dan kaki dari bahagian pangkal paha hingga ke buku lali. Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil telangectasis.

Punca dan risiko

Punca dan risiko berikut boleh menyebabkan peningkatan tekanan dalam vena:

* Keturunan: Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.

* Umur: Mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.

* Berdiri terlalu lama: Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.

* Gemuk berlebihan: perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.

* Kehamilan: Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.

* Trauma kecederaan melibatkan vena, terutamanya di kaki.

* Darah beku dalam vena: Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.

* Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti cirrhosis, lemah jantung, air dalam perut (ascitis).

Tanda dan simptom

Kebanyakan pengidap vena varikos tidak merasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka terdapat vena varikos.

Sebahagian mereka yang mengidap vena varikos mempunyai simptom berikut:

* Bengkak kaki

* Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.

* Kerap terkena kejang otot.

* Rasa gatal di sekitar vena yang terlibat.

* Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.

* Kudis di buku lali yang sukar baik.

Komplikasi vena varikos

Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan.

Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.

Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan.

Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.

Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.

Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman.

Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik.

Ulser ini tidak mudah disembuhkan jika masalah vena varikos tidak diatasi lebih dahulu.

Prosedur mengesan vena varikos

Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dengan pesakit dalam keadaan berdiri, untuk pastikan jika pesakit menghidapi vena varikos.

Walaupun tidak sukar untuk mengenalpasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal untuk pastikan kedudukan injap yang rosak.

Pemeriksaan doppler membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki.

Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.

Pemeriksaan Venografi menggunakan x-ray setelah vena kaki dimasukkan cecair kontras pula jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku dan thrombophlebitis.

Rawatan

Tidak semua pesakit vena varikos memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutamanya jika ia vena varikos yang kecil.

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan simptom dan juga mengelakkan komplikasi.

Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif dan ia memerlukan kerjasama pesakit menjayakan rawatan agar vena varikos yang kecil tidak bertambah teruk dan berkomplikasi.

Rawatan konservatif

1. Memakai stokin. Kini terdapat pelbagai stokin untuk merawat vena varikos. Stokin boleh memberi tekanan kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini boleh membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena.

2. Membuat senaman, terutamanya berjalan jaki.

3. Mengurangkan berat badan bagi mereka dengan berat badan berlebihan.

4. Elakkan berdiri atau duduk yang terlalu lama.

5. Apabila berehat, pesakit digalakkan meninggikan aras kaki lebih tinggi dari aras jantung untuk melancarkan aliran darah kembali ke jantung.

6. Kini terdapat ubatan yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam vena. Walau bagaimanapun, keberkesanannya di kalangan kes vena varikos terus atau yang berkomplikasi adalah terhad.

Prosedur rawatan lanjut

Untuk kes vena varikos yang teruk, berkomplikasi atau atas sebab kosmetik (akibat rupa kulit kaki yang hodoh) terdapat beberapa prosedur berikut yang boleh dilakukan oleh doktor.

1. Sclerotherapy: Doktor akan menyuntik ubatan cecair khas bertujuan mematikan vena yang bermasalah, Ini berkesan sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul. Kesilapan suntikan boleh menyebabkan kesakitan yang amat dan menghasilkan kudis (ulser) yang sukar sembuh.

2. Rawatan cahaya laser: Ini digunakan untuk merawat telangiectasis dan vena varikos yang kecil di bahagian muka atau kaki.

3. Rawatan photoderm: Rawatan ini menggunakan katheter yang dimasukkan ke dalam saluran vena. Alat khas di hujung katheter akan mengeluarkan haba panas yang mematikan vena yang bermasalah.

4. Stripping: Prosedur ini menggunakan wayar panjang khas yang dimasukkan ke dalam vena saphenous dari buku lali ke pangkal paha, dan kemudiannya ditarik keluar kesemua vena terbabit.

5. High ligation: Pembedahan ini dilakukan pada pangkal paha di mana vena saphenous diikat dan sambungan antara vena femoral dan vena saphenous diputuskan.

6. Avulsion: Melalui beberapa pembedahan kecil di kulit kaki, vena varikos ditarik keluar sedikit demi sedikit sehingga tiada bonjolan vena varikos yang ketara. Selalunya pembedahan ini ditambah dengan prosedur ‘high ligation’ untuk mendapat hasil rawatan yang lebih berkesan.

Oleh Dr. JAMALUDIN YUSAK (Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Darul Ehsan, (DEMC), Shah Alam)

Remaja semakin pekak dengan MP3

GOLONGAN remaja yang gemar mendengar muzik melalui pemain MP3 dilihat tidak mempedulikan risiko kerosakan sistem pendengaran mereka.

Penyelidik di Universiti Pusat Perubatan Rotterdam, Belanda mendapati remaja di dua sekolah yang dikaji memasang suara pemain MP3 mereka pada tahap maksimum kerana merasakan mereka hanya menghadapi risiko rendah kerosakan telinga.

Kebanyakan daripada pelajar berkenaan juga mengakui tidak dapat membezakan bila muzik yang dimainkan terlalu kuat.

Bunyi yang melebihi 90 desibel (dB) dipercayai berbahaya kepada pendengaran manusia tetapi hanya akan menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit jika bunyi berkenaan mencecah 12 dB hingga 140 dB.

Kumpulan penyelidik itu menasihatkan ibu bapa supaya menasihati anak mereka mengenai mendengar muzik dengan kuat dan juga untuk memerhatikan jika anak mereka mula menunjukkan tanda kerosakan pendengaran seperti mendengar bunyi berdering berpanjangan atau bunyi biasa yang ‘pecah’.

Pengeluar pemain MP3 juga dinasihat menetapkan penanda kekuatan desibel bunyi dengan kod warna dan lampu bagi memaklumkan pengguna jika bunyi muzik mencapai tahap berbahaya.

11 Panduan Cegah Pecah Rumah

Sekiranya anda bercadang bercuti panjang, pastikan rumah anda selamat
untuk ditinggalkan. Kecurian biasa berlaku pada musim cuti atau
perayaan. Gaya hidup kini yang mementingkan `privacy' menggalakkan
pecah rumah kerana saling tidak mengenal jiran.

Berikut 11 panduan mungkin dapat membantu anda mencegah kegiatan
jenayah ini.

#Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap dan jeriji
dikunci.

#Jika anda tinggal di rumah bandar atau bertangga khas menuju ke rumah
anda, pastikan pagar ke rumah anda berkunci. Jika di dalam rumah anda
memasang pagar (bertujuan mengelakkan anak kecil turun naik tangga),
tangga ini pun sebaiknya dikunci juga.

#Berbaik dan bergaul dengan jiran. Beritahu jiran bahawa anda tiada di
rumah.

# Sertai kegiatan sukarelawan atau Rukun Tetangga di kawasan perumahan
anda yang membuat rondaan pada waktu malam.

# Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan
pencuri.

# Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta
bantuan mereka menjenguk rumah sepanjang ketiadaan anda.

# Batalkan langganan akhbar. Longgokan akhbar di halaman atau di pintu
pagar menandakan rumah tiada penghuni .

# Jika ada perkhidmatan rondaan pihak penguasa seperti polis,
maklumkan kepada mereka bahawa rumah anda akan kosong untuk tempoh
tertentu.

# Cabut talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering.
Sebaiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali
memberitahu anda tiada di rumah.

# Simpan semua barang berharga di tempat selamat dan sebaik-baiknya
sorokkan daripada pemandangan bakal penyamun.

# Pasangkan lampu keselamatan yang boleh padam atau nyala secara
automatik atau berkala; contohnya lampu taman solar (hanya menyala
pada waktu malam). Ini seolah-olah menandakan anda berada di rumah.

Makan Banyak Tetapi Kurus

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my

JADIKAN sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai snek anda.

Kebanyakan individu alami kekurangan berat badan kerana amalan pemakanan yang kurang sihat

WALAUPUN mempunyai selera besar, sesetengah individu mengalami berat badan di bawah paras normal hingga ada yang beranggapan mereka menghidap anoreksia.

Pakar Pemakanan Kanan Hospital Pantai, Kani Molli, berkata agak sukar meneliti masalah sebenar individu yang mengalami masalah menambah berat badan terutama wanita.

Katanya, ada beberapa faktor menyebabkan perkara itu terjadi antaranya genetik, metabolisme tubuh yang tinggi atau masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan selain jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengkap.

Bagaimanapun, Kani berkata, wanita dan lelaki yang mempunyai tubuh yang kurus tidak bermakna menghidap anoreksia atau bulimia, namun diet dan tahap kesihatan mereka perlu dikaji terlebih dulu sebelum penyakit sebenar didiagnosis.

“Walaupun mereka mengakui mengambil makanan secara kerap atau dalam kuantiti yang banyak tapi biasanya selepas diteliti, kebanyakan yang mengalami masalah kekurangan berat badan mengamalkan pemakanan kurang sihat.

“Selain itu, keadaan klinikal seperti penyakit tiroid, kanser, malabsorpsi nutrisi dan masalah psikologi seperti stres juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara,” katanya.

Justeru, katanya, wanita yang mengimpikan berat badan normal penting untuk mengambil makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian selain mengelakkan minuman beralkohol serta rokok.

“Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.

“Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Adalah digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek,” katanya.

Tubuh yang kurus juga mudah mendapat penyakit. Ada segelintir mereka yang bertubuh kurus mempunyai kandungan kolesterol dan gula dalam darah yang tinggi.

Jika disahkan mempunyai masalah seperti berikut, individu berkenaan tidak digalakkan mengambil makanan sembarangan terutama makanan tinggi lemak tepu. Malah, mereka yang terlalu kurus juga biasanya mengambil masa lama untuk sembuh berbanding individu yang mempunyai berat badan normal.

Kani berkata, wanita yang mengalami penyusutan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah tulang seperti osteoporosis dan kekurangan nutrisi terutama jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

“Mereka juga biasanya tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk melakukan kerja seharian dan cepat berasa lesu,” katanya.

Katanya, jika individu yang mengalami masalah itu berhasrat mendapatkan berat badan normal, rawatan harus dilakukan selepas mendapat diagnosis daripada doktor termasuk mengesan sebarang masalah pada sistem pencernaan sama ada menghidap penyakit gastro usus yang melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi.

INFO: Tip pemakanan

Pilih makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian serta nutrien seperi nasi, roti serat tinggi.


Digalakkan memakan snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.


Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari.

Petua menambahkan berat badan


Lakukan senaman anaerobik seperti bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan dilakukan.


Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid makanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan anda.

Tips Berbelanja Produk Kecantikan

Anda fikir anda tidak menggunakan begitu banyak produk penjagaan? Fikirkan semula.

Akademi Dermatologi Amerika (American Academy of Dermatology ) melaporkan, secara purata, seseorang dewasa menggunakan sekurang-kurangnya tujuh produk penjagaan yang berlainan setiap hari. Produk yang dimaksudkan termasuklah pelindung tabir suria, alat solek, wangian, produk selepas bercukur, syampu, pembersih wajah, pelembap dan deodoran. (tidak kira lelaki atau wanita)

Tips di bawah mungkin dapat membantu anda mengelak daripada berbelanja lebih untuk produk penjagaan dan kecantikan.

1) Mulakan dengan tidak berbelanja untuknya langsung. Jika anda bijak mencari peluang, anda sebenarnya boleh mendapatkan sampel produk secara percuma dari kaunter kecantikan di pusat beli-belah, terutama jika anda mendapatkan makeover di situ.

Jika anda tidak mendapatkan khidmat makeover pun, anda sebenarnya boleh meminta (secara baik) dengan petugas di kaunter kecantikan, akademi kosmetologi atau pembekal produk kecantikan.

2) Dapatkan juga sampel percuma secara online. Anda selalunya boleh mendapatkan sampel atau kupon berharga dengan mengisi borang yang terdapat di laman web produk kesukaan anda. Antara cara mudah untuk melakukannya adalah dengan menaip nama produk yang anda idamkan itu bersama perkataan ‘sampel’ atau ‘kupon’.

3) Jualan murah dan jualan istimewa. Periksa akhbar dan lihat iklan mengenai diskaun istimewa atau jualan murah di tempat anda. Terdapat banyak tawaran hebat seperti ‘beli satu percuma satu’ atau harga rendah untuk produk yang anda sukai.

4) Pastikan produk yang anda beli itu benar-benar tidak menimbulkan alahan kepada anda. Jika tidak, anda hanya akan membazirkan wang anda dengan membeli produk yang memberi alahan dan kemudian terpaksa mengeluarkan belanja lagi pula untuk membeli produk yang baru.

5) Kedai yang menjual ubat-ubatan seperti farmasi biasanya menawarkan harga lebih rendah untuk bermacam jenama produk kosmetik dan juga peralatan solek seperti berus atau span bedak padat. Apa yang penting, anda harus lebih peka dengan tawaran harga yang diletakkan pada setiap produk yang ada. Pada masa tertentu juga, farmasi akan menawarkan harga menarik untuk produk terpilih.

6) Rancang masa anda ke pusat beli-belah. Dengan berbuat demikian, tidak mustahil anda dapat membawa pulang beg berisi produk penjagaan mewah secara percuma. Lebih beruntung jika anda sememangnya menggunakan produk yang diperoleh itu kerana banyak yang anda dapat jimatkan. Biasanya, pemberian percuma seperti ini diadakan pada pelancaran produk ataupun sambutan perayaan.

7) Lihat juga di tempat yang jarang menjadi tumpuan ramai. Kadangkala anda boleh menemui pelbagai produk dengan nilai menguntungkan di gedung pembekal barangan kecantikan, jualan gudang ataupun kedai yang sememangnya menawarkan produk dengan harga yang murah.

8) Buat kira-kira. Apabila membeli produk penjagaan, jangan dikelirukan dengan pembungkusan yang menarik. Periksa sama ada bayaran yang akan anda buat itu bernilai (dari segi berat produk) selepas membuat perbandingan. Hati-hati, sesetengah produk memaparkan berat produk yang tidak tepat kerana ia sudah dijumlahkan dengan pembungkusannya sekali.

9) Periksa warna alat solek anda di bawah cahaya matahari. Sukar untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu bersesuaian dengan anda jika dilihat di bawah sinaran lampu kalimantang saja. Sebelum membeli, cuba dulu ‘produk cubaan’ atau minta bantuan pembantu jualan memakaikan produk sampel untuk anda (kosmetik). Jika boleh, biarkan produk kosmetik yang anda kenakan itu untuk beberapa jam supaya anda boleh melihat ketahanannya.

Wanita XXL kena bijak pilih fabrik

Oleh Rohaniza Idris

Badan saya agak berisi dan memakai saiz XL dan XXL. Saya bukan seorang yang gemar bergaya namun, mahu kelihatan kemas jika ke pejabat. Ketinggian saya sederhana dan lebih selesa berbaju kurung jika ke pejabat. Apakah baju kurung yang sesuai untuk orang berisi yang mempunyai ketinggian sederhana seperti saya.

Jawapan:

Sebenarnya, orang berisi atau gemuk masih boleh bergaya seperti mereka yang kurus atau mempunyai saiz sederhana. Namun, mereka yang gemuk perlu bijak memilih fabrik, corak fabrik dan warna sebelum bergaya.

Dakwaan orang gemuk kena memakai pakaian berwarna gelap hanya mitos semata-mata kerana mereka yang bersaiz L, XL dan XXL sebenarnya masih boleh memakai pakaian mengikuti cita rasa warna masing-masing.

Bukan satu kesalahan jika mereka bersaiz besar mahu bergaya dengan baju warna menyerlah. Malah kini, mereka yang gemuk boleh bergaya sama seperti orang kurus dan saiz sederhana.

Antara baju tradisional yang mudah untuk digayakan ke pejabat adalah baju kurung dan kebaya. Terkini pelbagai kurung moden muncul kembali dan mewarnai industri pakaian tradisional.

Kurung pesak dengan potongan baru juga kini semakin mendapat tempat penggemar fesyen dan mereka yang berisi memang sesuai memakainya kerana ia mempunyai bentuk.

Selain kurung pesak, kini muncul baju kurung Pahang yang mempunyai pinggan dan kain selisih dengan kolar mandarin atau cekak musang.

Baju berkenaan juga boleh didapati dalam dua jenis iaitu pesak gantung di pinggang atau tanpa pesak iaitu bercantum dengan kekek baju.

Bagi yang agak berisi, dicadangkan memakai baju daripada kain sifon, sutera, kain renda manakala sutera Thai, Sutera China Shantung dan songket perlu dielakkan.

Kain Sifon dan renda sesuai untuk mereka yang bertubuh besar kerana ia lembut dan senang dibentuk berbanding kain yang keras seperti sutera Thai.

Untuk ke pejabat disarankan gunakan baju kurung polos yang dihiasi dengan manik atau batu seperti kristal swaroski atau permata tiruan di leher dan kaki lengan baju dipadankan dengan kain batik, songket dan tenun.

Bunga dan corak baju untuk mereka yang berisi biasanya kecil dan sederhana atau menjalar namun kini kebanyakan corak kain berbunga besar. Jika corak bunga besar masih tidak menjadi masalah jika tumpuan pada baju dialihkan kepada hiasan manik atau batu di dada dan pinggul baju.

Lengan baju kurung kini juga pelbagai, terbaru berbentuk jerut di kaki lengan baju. Terkini selain jerut, di siku lengan juga diletakkan kedut.

Profil

Zann - Ruhaizan Anen
Berasal dari Muar, Johor.
Lulusan Institut Kemahiran Mara, Kluang sebelum meneruskan pengajian ke institut swasta di Kuala Lumpur


Pernah memenangi Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri pada 1995 di Kuala Lumpur.


Mewakili Malaysia ke World Youth Skill Olympic di Leon, Perancis pada 1996 dan mendapat pingat perak Pertandingan Kemahiran Asia di Kuala Lumpur.


Membuka butik Zann D' Classic di Medan Mara sejak 1998 hingga kini


Menjadi panel hakim untuk pertandingan Johan Kemahiran Malaysia dan Myskill peringkat Kebangsaan kategori pakaian wanita.


Penasihat panel kemahiran untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia

Info

Masalah dijawab pereka fesyen yang terkenal dalam rekaan pakaian tradisional dan pernah memenangi Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 1995, Zann dari Zann D Classic, Medan Mara, Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh emel kepada Zanndclassic@yahoo.com.my

Tidak berlapar boleh kurus

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my

Regim diet tidak makan beri kesan buruk

DALAM usaha menurunkan berat badan, ramai yang cenderung untuk menyekat diri mereka daripada menikmati pelbagai jenis makanan secara membuta tuli. Bagi mereka, setiap makanan yang diambil pasti akan menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Oleh itu, mereka sering kali mengelak untuk makan, hingga apa saja yang dirasakan menggemukkan tidak mahu diambil lalu hanya makan makanan yang 'selamat' namun tidak cukup berkhasiat dan ada di antara mereka yang merasakan sudah cukup gigih (dalam usaha menurunkan berat badan) apabila berbuat begitu.

Mungkin, dengan berbuat demikian golongan ini dapat mencapai matlamat mereka untuk menurunkan berat badan. Bagaimanapun, cara yang dipilih ini bukanlah cara yang baik untuk menurunkan berat badan malah ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan seseorang. Segelintir yang menjalani regim diet seperti ini biasanya senang menjadi lesu dan tidak bermaya.

Untuk menjadi lebih kurus, seseorang tidak semestinya berhenti mengambil makanan yang biasa mereka ambil sebelum ini. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah mengawal apa yang mereka makan, bukannya berhenti makan itu dan ini.

Ini kerana, manusia perlu makan untuk memastikan lemak dalam tubuh dapat dibakar. Nutrisi paling utama yang diperlukan tubuh manusia adalah tenaga. Tanpa tenaga mencukupi, tubuh seseorang akan menukarkan protein otot kepada tenaga untuk membekalkan 'sumber makanan' kepada otak, sistem saraf dan sel darah merah.

OREN dapat membuatkan anda berasa kenyang berbanding air biasa.
Tisu ini bagaimanapun tidak berupaya untuk membakar lemak dan ia hanya membakar karbohidrat. Apabila pengambilan karbohidrat anda lebih rendah daripada yang diperlukan tisu berkenaan, badan akan mula menukar tisu protein kepada karbohidrat untuk memenuhi keperluan. Hasilnya, tisu otot akan semakin berkurangan.

Benar, penimbang berat mungkin akan menunjukkan yang anda sudah kehilangan 'berat' tapi hakikatnya, anda sebenarnya kehilangan tisu yang fungsinya membakar lemak. Tisu otot membakar kira-kira 70 peratus lemak di dalam tubuh seseorang, jadi, kehilangan tisu ini menandakan tubuh anda tidak berupaya untuk membakar lemak dalam tubuh.

Lagipun, 'berat' yang anda sangkakan hilang itu sebenarnya mewakili 10 hingga 20 peratus tisu otot yang hilang. Golongan yang menjalankan diet seperti ini bukan hanya memperoleh berat badan yang kononnya mereka idamkan (berkurang) tapi kemudiannya ia akan bertambah pula. Ini kerana, mereka sudah ?mengorbankan? keupayaan untuk membakar lemak dalam tubuh.

Hal ini jugalah yang dapat menjelaskan mengapa ramai orang yang bertambah berat badan mereka apabila meningkat usia kerana peningkatan usia mengakibatkan kehilangan otot. Mereka yang kurang melakukan aktiviti juga berisiko untuk kehilangan otot mereka. Kedua-dua faktor ini pula menjadi penyebab kepada kurangnya keupayaan untuk membakar lemak seterusnya membuatkan bilangan tisu lemak meningkat.

Namun, usah bimbang kerana otot ini boleh dibina semula dan dilatih untuk membakar lemak. Antara cara untuk mencapainya adalah dengan melakukan senaman aerobik dan aktiviti ini juga harus dibantu dengan pengambilan nutrien yang diperlukan untuk membina otot berkenaan. Justeru itu, untuk membakar hanya lemak, bukan tisu lain di dalam tubuh, anda perlu sekurang-kurangnya memenuhi keperluan tenaga minimum.

Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom menunjukkan, faktor yang membuatkan seseorang kehilangan berat badan bukanlah kerana pengambilan karbohidrat yang rendah dan bukan juga disebabkan ketosis yang membuatkan kadar metabolisme dalam badan meningkat. Kajian itu mendapati, kandungan protein dalam setiap hidangan yang diambil seseorang sebenarnya yang membantu mengurangkan selera seterusnya membuatkan mereka kurang mengambil makanan berkalori.

Namun, untuk menambah makanan berprotein dalam setiap hidangan yang diambil setiap hari mungkin agak sukar bagi yang ingin mengawal kandungan kalori dalam badan. Untuk mengatasinya, ada yang menggabungkan makanan berprotein serta menggabungkan makanan berasaskan tanaman untuk mengurangkan berat badan kerana makanan ini biasanya rendah kalori, tinggi serat dan kedua-duanya mudah untuk dikombinasikan dalam sesebuah hidangan.

Sebagai contoh, apabila anda mengambil makanan seperti nasi atau roti, ia boleh digabungkan dengan makanan seperti ubi kentang atau sayuran.

Nyata, ada pelbagai alternatif yang baik untuk menurunkan berat badan tanpa perlu menempuhi kesengsaraan berlapar. Apa yang penting, anda mengetahui apakah diet yang terbaik yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Berikut diberikan beberapa tips pemakanan untuk yang mahu menurunkan berat badan:

Tips pemakanan untuk menurunkan berat badan

Mereka yang berjaya menurunkan berat badan kebanyakannya melakukan perubahan secara berperingkat, bukan secara drastik. Mulakan dengan melakukan perubahan yang anda boleh laksanakan dalam jangka waktu yang panjang. Kemudian ubah tabiat satu demi satu sehingga anda dapat membiasakan diri.

1) Makan perlahan-lahan. Perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ?memberitahu? otak anda bahawa anda sudah kenyang.

2) Pilih makanan yang memerlukan anda mengunyahnya, Cuba makan buah-buahan seperti epal atau sayuran mentah. Makanan seperti ini dapat melambatkan kadar pemakanan anda.

3) Cuba nikmati snek bersama minuman panas atau suam. Ia dapat membantu anda berasa kenyang.

4) Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Ia dapat membuatkan perut anda terasa berisi dan membuatkan anda sibuk dengan aktiviti selain daripada ?bergayut? di pintu peti sejuk!

5) Segelas jus oren (240 mililiter) adalah bersamaan dengan tiga biji buah oren. Menikmati oren adalah lebih mengenyangkan daripada meminum air biasa.

6) Makan tengahari sebelum anda meninggalkan tempat kerja. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan ketika makan malam.

7) Berikut adalah contoh snek yang sihat : bertih jagung, roti perancis, buah-buahan, yogurt dan bermacam-macam lagi.

8) Makan makanan yang rendah lemak

9) Setiap kali anda menggerakkan otot, lemak dalam tubuh akan dibakar. Oleh itu, biasakan menaiki tangga berbanding menggunakan lif.

10) Setiap usaha, walau sekecil mana pun dapat membantu mengurangkan lemak di dalam tubuh. Gunakan jam berbanding mentega dan anda dapat mengelakkan 30 kalori dan 5 gram lemak.

Makan epal cara terbaik kurangkan berat badan

PEPATAH lama dari Barat, 'An apple a day, keeps the doctor away' - Sebiji epal setiap hari, dapat 'menghindarkan' anda daripada berjumpa doktor. Ia menggambarkan khasiat yang dimiliki buah epal, bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga suatu diet yang berkesan untuk menurunkan berat badan.

Kini, ramai yang sudah mengetahui keberkesanan epal dalam membantu seseorang yang ingin mengurangkan lemak berlebihan dalam badan mereka.

Sebab itulah wujudnya saranan pengambilan 3 biji epal sehari yang popular di Amerika Syarikat. Ia bermula sejak beberapa tahun lalu, apa penduduk di bandar Wenatchee, Washington AS mendapati berat badan mereka susut, bukan kerana kurang makan atau produk pelangsingan yang berlambak di pasaran tetapi melalui perubahan gaya hidup yang diamalkan mereka.

Seorang penduduk wanita dilaporkan kehilangan kira-kira 8.6 kilogram (kg) dalam tempoh 12 minggu dan seorang penduduk lelaki pula susut kira-kira 16 kg dalam tempoh yang sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program 'tiga bii epal Washington Apples sehari' itu susut lebih daripada 2700 kg lemak dalam 12 minggu. Mereka yang menjalani program ini turut mengamalkan program pemakanan dan senaman seimbang.

Program '3-Epal-Sehari' ini diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar, Tammi Flynn yang ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gimnasium tempatan menemui formula unik ini.

Seorang daripada pelanggan Flynn yang program dietnya bukan saja tidak berjaya, malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan mengamalkan memakan sebiji epal sebelum waktu makan. Hasilnya, dia berjaya mengurangkan kira-kira 0.7 kg dalam hanya satu minggu.

Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggan lainnya dan hasil yang diperoleh sangat hebat. Kejayaan saranan Flynn itu meyakinkan 346 penduduk Wenatchee menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji epal Washington Apples selama 12 minggu.

Petua ringkas dan mudah ini kemudiannya dianggap cara terbaik bagi menurunkan berat badan kerana ia tidak membabitkan diet, cuma amalan memakan sebiji epal sebelum makan sarapan, tengah hari dan malam. Di samping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan anda melihat penurunan secara langsung lemak dalam badan anda.

Lebih menarik lagi, anda tidak perlu membeli produk mahal, hanya epal Washington Apples yang berkhasiat dari pasaraya yang berhampiran.

Kajian terbaru yang dibuat di Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam usaha menurunkan kandungan lemak dalam badan. Ini kerana, epal Washington Apples mengandungi banyak serat iaitu sekitar 4 hingga 5 gram dalam sebiji epal. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai pemangkin daya penyusutan lemak. Gula semula jadi dalam epal pula 'membantutkan' keinginan memakan makanan yang tinggi kandungan gula proses.

Dalam program yang disarankan ini, selain dari epal Washington Apples, ia turut membabitkan kandungan makanan berkarbohidrat, protein ringkas, buah-buahan, sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting. Contoh kombinasi hidangan yang disarankan program ini pula seperti sarapan pagi; telur dadar berkeju dan secawan bubur, makan tengah hari; dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang, dan makan malam: salad salmon salai.

Oleh kerana epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, ia boleh membuatkan rasa kenyang kekal lebih lama. Untuk itu, Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan supaya memakan sebiji epal 30 minit sebelum menikmati apa-apa hidangan makanan bagi mengurangkan kelaparan.

Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah pengambilan 3 biji epal Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ini dan menghindari diet `popular', penggantian makanan yang mahal dan kesengsaraan berlapar, anda mampu melihat perubahan pada penampilan anda!

Sumber: Columbia Marketing International (CMI) www.cmiapples.com

Washington Apple Commission

Tip Mengendalikan Kemarahan Anda

Mengendalikan kemarahan anda pada masa anda hampir naik darah dan melakukan sesuatu yang kiranya mungkin akan anda sesalkan kemudian.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

1. Tarik nafas panjang dan perlahan dan kira hingga 10 apabila anda merasa kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.

2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu dari semua sudut pandang, bukan dari diri anda saja, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan,kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat atau tidak.

3. Fikir mengenai sebab yang menjadi puncak kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokuskan fikiran ke titik awal yang mencetuskan kemarahan anda.

4. Ambil tindakan yang positif untuk memperbaiki situasi itu setelah anda dalam keadaan fikiran yang lebih tenang. Sebagai contoh, sekiranya anda merasakan ketua anda melayani anda secara tidak adil, tenangkan diri anda dahulu dan kemudian bicarakan dengannya mengenai perkara tersebut. daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang-orang bawahan atau rakan sejawat anda.

Petua-petua:

· Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat.

· Buat satu program senaman untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif yang masih ada secara fizikal.

· Sekiranya anda tahu akan isu-isu khusus yang membangkitkan kemarahan anda, hindarilah daripada berhadapan dengannya selagi boleh.

· Terlambat atau merasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa yang lebih daripada cukup untuk anda berulang-alik dari rumah ke sekolah, dari rumah ke kelas, atau dari rumah ke kelas, mengerjakan pekerjaan rumah, tugasan dan perkara-perkara lain yang perlu.

.Kuatkan rasa perspektif anda dan hindari melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang lucu atau yang tidak membosankan, kerana tertawa dapat melenyapkan kemarahan dengan cepat.

Kelebihan berjalan kaki

NAMPAK kelakar apabila seseorang berjalan laju dengan menghayun pinggul ke kiri dan ke kanan begitu pantas sekali. Baik berjalan pantas atau berjalan seperti kebiasaan tetap punya faedah tersendiri daripada sudut kesihatan.

Tidak perlu meluangkan masa terlalu lama untuk berjalan. Berjalan selama 30 minit sehari sudah cukup untuk menyegarkan minda.

Banyak kelebihan lain jika rajin berjalan kaki misalnya ia membantu dari segi:

- mengurangkan tekanan darah dan kolesterol

- mengurangkan berat badan

- meningkatkan fleksibiliti sendi dan otot

- menguatkan otot dan tulang

- meningkatkan sistem ketahanan tubuh

- pernafasan lebih baik

- tidur lebih lena

- mengekalkan kimia tubuh yang seimbang

- membina keyakinan dan kesejahteraan mental

Jika rasa tiada masa untuk melakukan senaman mudah ini, fikirkan sesuatu yang kreatif dengan masa anda. Anda boleh berjalan ke destinasi yang dituju atau mengajak teman melakukan senaman ini bersama.

Anda boleh memilih persekitaran menarik kerana sambil berjalan, anda boleh menikmati keindahan persekitaran di sekeliling.

Elak Makanan Berminyak

LAPORAN mengenai jangkaan hampir lima juta golongan muda di negara ini akan mengalami penyakit kronik pada tahun depan, sungguh mengejutkan dan menarik perhatian ramai. Angka ini dijangka meningkat sekali ganda menjelang 2020 jika tiada usaha diambil untuk membanterasnya.

Hasil kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan antara 2000 hingga 2003 mendapati ramai golongan muda berusia di bawah 29 tahun dimasukkan ke hospital kerana penyakit jantung dan strok.

Kajian itu juga mendapati 420,200 orang mengalami masalah obesiti, 1.5 juta berlebihan berat badan dan 8.4 juta mengamalkan gaya hidup pasif — kemungkinan juga ada yang langsung tidak pernah bersenam!

Masalah ini akan tambah meruncing jika kita masih meneruskan gaya kehidupan moden yang diamalkan kini. Ada banyak penemuan lain dalam kajian berkenaan, tetapi inti pati yang penting ialah, semua masalah itu berpunca daripada makanan dan kegemukan.

Apabila gemuk, pergerakan dan aktiviti fizikal menjadi perlahan, menyebabkan banyak penyakit mudah bersarang.

Ramai pakar diet dan pengamal perubatan percaya, berpuasa secara umumnya cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengurangkan berat badan.

Bagaimanapun, ada juga yang resah kerana berdasarkan pengalaman lalu, puasa sebulan masih tidak mampu menurunkan berat badan, sebaliknya badan menjadi semakin berisi walaupun dirasakan pengambilan makanan ketika berbuka tidaklah sebanyak mana.

Pakar diet dan perunding diabetes, Norlida Alias, berkata masalah pertambahan berat badan mudah berlaku kerana jumlah makanan diambil tidak setanding dengan penggunaan tenaga harian seseorang.

Katanya, dalam bulan puasa, keperluan tenaga setiap individu adalah sama dengan hari lain jika perjalanan aktiviti hariannya tidak berubah.

Justeru, seseorang itu masih memerlukan jumlah makanan (kalori) sama untuk kekal cergas sepanjang hari.

“Setiap orang perlu faham dan kenal diri sendiri. Adakah dia tergolong dalam kumpulan yang memiliki kadar metabolisma tinggi atau sebaliknya. Bagi individu yang ada kadar metabolisme tinggi, tidak akan timbul masalah pertambahan berat badan, walaupun makan banyak ketika berbuka.

“Sebaliknya, individu yang ada kadar metabolisma rendah perlu lebih berhati-hati dalam soal pemilihan jenis dan kuantiti makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia menimbulkan masalah berat badan pada hujung Ramadan,” katanya.

Selain itu, ramai mengurangkan aktiviti harian mereka sepanjang bulan puasa.

Malah, tidak ramai pergi bersenam dengan alasan ‘berpuasa’, sedangkan aktiviti penting ini perlu diteruskan dengan kekerapan sekurang-kurangnya tiga minggu sekali, 30 minit setiap sesi.

Perkara ini tidak disedari ramai dan mereka masih makan dengan jumlah kalori sama, walaupun aktiviti senaman sebenarnya dikeluarkan daripada agenda harian.

Kalori berlebihan ini akan ditukarkan kepada lemak untuk disimpan dalam badan.

Selain itu, makan banyak selepas menunaikan solat tarawih dan tidur ketika perut masih kenyang juga merangsang kepada masalah ini, sedangkan kita disaran supaya hanya tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

Jadi tidak hairan jika ramai mengalami pertambahan berat badan, walaupun berpuasa sebulan.

Namun, kata Norlida, perkara ini tidak harus dibiar berlarutan kerana tiada istilah ‘terlewat’ jika mahu menjaga kesihatan.

Mengurangkan 500 kalori sehari atau 3,500 kalori seminggu boleh mengurangkan berat sebanyak setengah kilogram.

Bagi yang berura-ura hendak menjaga berat badan, cara terbaik ialah mengurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat.

Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

Malah, aktiviti bersenam masih perlu diteruskan seperti hari tidak berpuasa mengikut kemampuan masing-masing.

Namun, kata Norlida, orang yang tidak pernah bersenam tidak digalakkan memulakan aktiviti ini pada Ramadan kerana bimbang ia boleh menimbulkan masalah tidak diingini.

“Lakukan senaman mengikut kebiasaan masing-masing. Jika biasa bersenam pagi, buat pada waktu pagi. Jika tidak sempat, boleh ditunda ke waktu malam. Sebenarnya ketika bulan puasa, aktiviti sesetengah orang makin bertambah kerana ada sembahyang tarawih dan pada masa sama, masih perlu menjalankan rutin harian lain.

“Jadilah orang yang bijak dalam menentukan kesihatan diri. Paling penting, elak makanan banyak lemak dan kurangkan makanan terlalu manis atau masin, khususnya mereka yang ada masalah kencing manis,” katanya.

Dewasakah Anda?

Anda tentunya dewasa dan matang bila :

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kehadapan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur ..

Pengambilan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Life - Mother Teresa

Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.

Mother Teresa

Enam Ubat Kesedihan Akibat Musibah

1. Percaya sepenuhnya kepada Allah.

2. Kesedaran bahawa semua yang berlaku adalah takdir Allah.

3. Sabar adalah senjata paling ampuh bagi mereka yang diuji.

4. Jika tidak dengan sabar, apa lagi yang boleh dilakukan kerana resah dan kesedihan berterusan tidak akan menyelesaikan kesulitan itu.

5. Mungkin saya akan berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada situasi sekarang.

6. Dari waktu ke waktu, jalan keluar akan terbuka.

Kaedah Mengatasi Ketegangan Fikiran

1. Mencari punca ketegangan
Apabila anda berada di dalam ketegangan adalah sukar untuk kita mencari puncanya. Ini adalah kerana tekanan yang kita rasai itu adalah terlalu berat. Bagi menyelesaikannya, anda perlulah mengupas satu persatu masalah itu dan cuba mencari puncanya. Mustahil masalah yang timbul tiada puncanya.

2. Menyelesaikan masalah dari bawah
Masalah yang kita anggap remeh jika dibiarkan akan menjadi beban kepada diri sendiri dan ia sepatutnya diatasi dengan segera sebelum masalah itu menjadi lebih parah. Anda perlulah mengubah prinsip diri sendiri, jangan memandang rendah setiap masalah kecil yang dihadapi.

3. Melakukan meditasi
Dengan melakukan meditasi atau tafakur anda akan dapat mengenali hakikat diri dan menginsafi perbuatan sendiri. Anda juga dapat menilai sikap, tutur kata, perbuatan dan juga tindakan anda serta membuat pertimbangan di mana harus diperbaiki dan mengenal pasti masalah yang menyebabkan hidup anda menjadi tegang.

3. Menulisnya di dalam diari
Apabila anda berasa marah, sedih, kecewa, geram atau sebagainya anda boleh mencurahkan segala isi hati pada diari anda. Tulislah segala apa yang anda rasai itu dan jangan menyimpan lagi perasaan sedih anda. Simpan diari di tempat yang selamat dan jangan sampai ada orang yang dapat membacanya kerana nanti anda yang akan merasa malu.

4. Bersukan dan beriadah
Dengan bersukan anda akan berasa sihat dan segar di samping dapat melapangkan fikiran setelah peluh dikeluarkan. Dengan bersukan juga anda akan dapat mengendurkan ketegangan otot-otot badan dan melancarkan peredaran darah di dalam badan.

5. Meluahkan kepada teman rapat

Dengan menceritakan segala masalah yang sedang anda hadapi kepada orang yang paling rapat dengan anda seperti kaum keluarga, sahabat handai, guru kaunseling dan sebagainya, anda dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Mungkin masalah tersebut berat pada pandangan anda tetapi tidak kepada mereka.

6. Menangis atau ketawa
Di waktu bersedih, air mata menjadi teman setia walaupun tanpa ucapan kata-kata tetapi dengan linangan air mata telah membuktikan seribu satu masalah. Tangisan dapat melegakan perasaan dan jiwa kita serta mengendurkan ketegangan emosi. Mengikut kajian, dengan ketawa pula dapat meningkatkan pernafasan dan kadar denyutan jantung yang mana proses ini dapat membantu membuang toksin di dalam badan serta melancarkan peredaran darah.

7. Berurut
Sekiranya sebelum ini anda tidak pernah berurut mungkin anda akan berasa sedikit kesakitan tetapi anda perlu mencubanya kerana ia dapat menghilangkan ketegangan. Berurut dapat melancarkan peredaran darah dan mengendurkan urat serta otot yang kejang. Selepas berurut badan anda akan terasa ringan. Pastikan anda mendapat tukang urut yang berkebolehan.

8. Bertawakkal kepada Allah
Setelah anda berusaha dan mencuba menghilangkan masalah serta puncanya, untuk kali yang terakhir anda bertawakkallah kepada Allah. Setiap yang berlaku adalah ujian daripada Allah bagi menguji kesabaran dan ketahanan iman hamba-Nya. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.

Pemegang rekod paling gemuk mula keluar rumah


MONTERREY, Mexico: Manuel Uribe, yang direkodkan oleh Guinness Book of Records sebagai lelaki tergemuk di dunia, kini boleh bersiar-siar selepas lima tahun tetapi dengan berbaring di atas katil berikutan kejayaan mengurangkan berat badannya dengan bantuan doktor dan pakar pemakanan diikuti diet 'Zone.'

Selepas beratnya mencecah 560 kilogram, pada Mac 2007 Uribe menetapkan matlamat untuk mencapai berat 120 kilogram dan menjelang Februari lalu, dia kehilangan 258 kilogram - kejayaan yang dilihat mengatasi jangkaan perubatan terdahulu.

Uribe pernah muncul dalam dokumentari televisyen mengenai kehidupannya yang terpaksa menghabiskan masa terbaring di atas katil dan cubaan menghilangkan berat badan.

Pihak berkuasa kesihatan Mexico berkata, Uribe memiliki berat badan 560 kilogram ketika meluahkan rayuan terdesak di televisyen dan mekanik berusia 41 tahun itu menarik minat doktor dan pakar pemakanan yang menggariskan diet tinggi protein untuk diikutinya.

Setiausaha Kesihatan Negeri, Nuevo Leon, Gilberto Montiel, berkata pegawai perubatan memantau berat Uribe.

"Saya kini berasa lebih baik, saya boleh melakukan regangan dan sudah dapat bergerak sedikit," katanya.

Uribe memang montel ketika kanak-kanak dan memiliki berat lebih 112 kilogram ketika remaja. Bermula pada tahun 1992, beratnya semakin bertambah.

Uribe menjadi tumpuan dunia selepas muncul dalam stesen televisyen Televisa pada Januari 2006 untuk meminta bantuan untuk mengurangkan beratnya.

Ketika dia cuma mampu terlantar di atas katil, Uribe memastikan televisyen dan komputer yang digunakan untuk mengemas kini laman webnya berada berhampiran.

"Orang ramai menyangka saya boleh makan seekor lembu tetapi ia bukan sekadar terlebih makan, ia juga masalah hormon. Buat masa ini, saya mengamalkan diet dan jika tidak berjaya, saya akan mempertimbangkan pembedahan," katanya.

Dengan kini kehidupannya kembali berada di landasan yang betul, Uribe sudah memiliki teman wanita dan mahu memiliki anak. – Agensi

Seks beri semangat kuruskan badan

ADELAIDE: Memberi amaran kepada lelaki yang memiliki berat badan berlebihan mengenai akibat kegemukan kepada kehidupan seks mereka dapat membantu golongan itu mengurangkan berat sehingga beberapa kilogram ketika strategi lain gagal berbuat demikian.

Laporan akhbar Sydney Morning Herald menyebut, bilangan lelaki gemuk di negara itu semakin bertambah dan boleh memberikan kesan buruk kepada keupayaan seks mereka, dengan berat tambahan selalunya menghalang aliran darah ke organ seks itu.

Pakar kesihatan lelaki di Adelaide, Profesor Gary Wittert, berkata kebanyakan lelaki tidak sedar hakikat berat badan mereka boleh menyebabkan mati pucuk, tetapi kaitan itu mungkin boleh menjadi kunci memerangi wabak kegemukan.

“Sudah diketahui ramai mengenai peningkatan paras obesiti di kalangan lelaki Australia dan ini memberikan kesan kepada penyakit kronik, secara fizikal dan psikologi.

“Apa yang kurang diketahui ialah bukan aliran darah ke jantung saja terjejas akibat obesiti, kesan sama turut wujud dengan aliran darah ke zakar, yang menyebabkan mati pucuk dan masalah pundi kencing,” kata Profesor Wittert, yang juga Dekan Fakulti Perubatan di Universiti Adelaide.

Katanya, lelaki Australia memang mengambil berat mengenai masalah ketegangan ‘malah mungkin memandang perkara itu lebih serius berbanding penyakit kardiovaskular.’

“Ini mungkin satu peluang untuk memperbaiki komunikasi mengenai faedah hilang berat badan,” katanya.

Lelaki memang sukar memberikan kerjasama dalam mendapatkan maklumat kesihatan, terutama berkaitan dengan kehidupan seks mereka tetapi pengamal kesihatan boleh dilatih untuk mencungkil maklumat, katanya. - Agensi

Risiko pil penahan sakit

SATU kajian mendapati dua atau lebih pengambilan dadah non-steroid anti-inflammatory (NSAIDs) untuk menahan rasa sakit mendatangkan keburukan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan jika diambil berlebihan.


Dr. Stacey H. Kovac dari Durham VA Medical Center di North Carolina dan rakan-rakannya dalam jurnal Arthritis Care & Research mengatakan pesakit mungkin meletakkan diri mereka terhadap risiko berlakunya komplikasi jika mengambil pil penahan sakit secara berlebihan.
Bagi menyiasat perkara ini, pasukan Dr. Kovac telah menemubual 138 pesakit dari organisasi pengurusan penjagaan daerah besar yang mengambil satu atau lebih preskripsi NSAID antara Februari hingga Ogos 2002.


Secara keseluruhannya, laporan menunjukkan 26 peratus pesakit menggunakan dua atau lebih NSAIDs. Mereka ini mencatat jumlah yang kecil untuk komponen fizikal terhadap kualiti kehidupan berbanding pesakit yang mengambil satu NSAID.


Sumber: Arthritis and Rheumatism

Obesiti: Dua cara kuruskan badan

Individu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.

Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.


Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.``Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,'' katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkabonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar. ``Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka akan mengalami pertambahan berat badan,'' ujarnya.

Oleh itu, kata Premila, adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama menguruskan badan. Jelasnya, langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, yo-yo diet dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan membuat individu tersebut gagal.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan yang betul iaitu:-

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.

* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.

* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.

* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.

* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, tambahnya, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan, dinasihatkan berjumpa doktor.

Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN

Kalori Berlebihan Punca Utama Kegemukan

Masalah kegemukan kini mungkin menjadi fenomena biasa di kalangan kanak-kanak akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang atau teratur. Menurut pakar perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori daripada yang dapat digunakan oleh tubuh adalah antara penyebab utama masalah kegemukan.

Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak. Sebaliknya jika kalori yang diperolehi daripada makanan adalah kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga.

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang turut menyebabkan masalah kegemukan seperti dari segi fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma serta psikologi dan faktor berkenaan saling berkaitan antara satu sama lain.


Dalam keadaan normal, pengawalan nafsu makan (apostat) seseorang akan berfungsi dengan baik, tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku, dua kemungkinan boleh terjadi, iaitu samada seseorang itu ingin makan sepanjang masa atau terus tidak ada selera makan.

Selain itu, kegemukan juga berkait rapat dengan jumlah kalori yang diambil dan banyaknya tenaga yang digunakan. Sebagai contoh, seseorang yang banyak menggunakan tenaga akan kurang berlemak tetapi bagi mereka yang kurang bersukan atau menggunakan tenaga akan lebih cenderung untuk menjadi gemuk.

Kegemukan juga mungkin terjadi disebabkan kerosakan hipotalamus dan semua sarafnya akibat kecederaan di kepala atau disebabkan kelainan setempat yang boleh menjejaskan fungsi hipotalamus berkenaan.

Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih cenderung untuk menghidap penyakit tertentu yang tergolong dalam penyebab utama kematian. Penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, penyakit pundi hempedu, penyakit hati, reumatik dan penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kegemukan.

Khasiat Teh Misai Kucing

NAMANYA memang pelbagai, daripada misai kucing, kumis kucing, rumujung di kepulauan Jawa, teh Jawa dan yaa nuat maeo di Thailand.

Apa sekalipun nama gelarannya, pohon herba yang lebih dikenali sebagai misai kucing di negara ini atau nama saintifiknya, orthosiphon staminues, kian mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat lantaran khasiat semula jadi tumbuhan berkenaan.

Berdasarkan kajian, daunnya yang sudah dikeringkan bersifat diuretik apabila daun berkenaan terdiri daripada sebatian kimia orthosifonin dan garam kalium. Ia adalah bahan utama yang membantu melarutkan asid urik, fostat dan oksalat dalam ginjal.

Tiga komponen berkenaan pula, jika tidak dibuang daripada ginjal boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Justeru, herba misai kucing membantu merawat masalah batu karang, membersihkan saluran kencing dan sakit waktu hendak membuang air kecil di samping membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan dan sakit sendi.

Info Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing
manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.


3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran"

Tips Mengelak Gastrik

BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:

Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.

Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.

Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.

Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.

Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.

Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.

Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.

Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.

Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.

Petua Badan Ramping

JIKA sukar mengikuti pelbagai diet untuk menurunkan berat badan panduan berikut boleh diikuti untuk mereka yang mahukan bentuk badan ramping serta menikmati gaya hidup yang lebih menyihatkan.

- Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.

- Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

- Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

- Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

- Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

- Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.

- Senaman sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.

- Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.