Tuesday, 29 May 2012

Heath Ledger Is Dead At 28

"Saya terlalu tertekan. Minggu lepas saya hanya tidur lebih kurang dua jam semalam,"

Bintang filem terkenal, Heath Ledger, 28, meninggal dunia dalam keadaan tragis bersama sejumlah pil tidur di lantai kediamannya di Manhattan kelmarin.

Pelakon ini pernah memenangi gelaran Aktor Terbaik dalam Golden Globe menerusi filem Brokeback Mountain dengan membawa watak seorang koboi gay.

Mayat selebriti yang membawa watak Joker dalam filem Batman: The Dark Knight itu ditemui oleh pembantu rumahnya pada pukul 3.30 petang waktu tempatan yang kemudian bergegas mendapatkan bantuan kecemasan 911.

Seorang jurucakap polis berkata, tiga botol pil tidur ditemui berdekatan mayat pelakon itu dan dia dipercayai mengambil pil tidur secara berlebihan.

Ledger meninggalkan seorang anak, Matila, 2, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Michelle Williams, yang turut berlakon sebagai isterinya dalam Brokeback Mountain.

Antara filem lakonan beliau ialah 10 Things I Hate About You, A Knight’s Tale, Monster’s Ball, Casanova dan The Patriot.

..............................................................



Saya Tak pernah Ambil Ubat Tidur juga. Ubat tidur pun ada dadah ok.. Cuba kira kambing banyak-banyak atau bintang-bintang dilangit nanti boleh la tidur..

No comments:

Post a Comment